Assalammualaikum w.b.t. (=^_^=)v
hehe...aloha selamat hari raya aidilfitri sahabat taulan sekalian...ana ni tengah tengok hindustan kuch kuch hota hai..sayu sekali menonton cerita yang sedih sebegini...haha...poyo pulak ana...ana memang macam ni.pedulikan haha.
ehem3..ana sebenarnya tak tahu nak cakap apa ni.lama sangat tak update blog tiba-tiba ada feeling pula nak update blog.Ana cuti seminggu untuk raya ni.Ana rasa cepat sangat masa berlalu..Ana jumpa sahabat sekolah ana.Berniaga dengan mak.Alhamdulillah bisnes makin maju..
Raya tahun ni tak adalah semeriah raya-raya lepas.Anak-anak paksu ana yang seramai 14orang tu tak balik.kalau tak,diaorang la yang memenuhkan space rumah nenek ana ni..semua manja dengan ana.sunyi la raya ni.Duit raya pun makin sikit haha.Dah nak jadi bini orang pun nak duit raya lagi kan?haha
Apa yang menarik sepanjang minggu ni ialah ana belajar masak dengan mak ana.Ana sebelum ni bukan tak tahu masak,tapi ana nak improve masakan ana.ana sayangkan masakan mak ana.Satu hari nanti terima atau tidak mesti mak ana akan pergi juga (meninggal) jadi selagi ada peluang ni,ana nak cedok habis-habis resepi mak ana.
Hari ni tiba-tiba ana rasa nak cari resepi nak masak spageti.hehe.mak ana tak pernah pulak masa spageti,jadi ana kena pandai-pandai sendirilah cari.Spageti biasa tu ana bolehlah buat.Tapi sekarang ana nak cari spageti special.sedap sikitla maksudnya =)
Bila ana tengok wajah mak ana,ana rasa sayu.muka letih cari duit.Ana harap satu hari nanti ana sempat buat something untuk bahagiakan mak ana.Kadang-kadang ana fikir ana tak mahu kahwin awal takut masa ana dengan mak ana nanti singkat sangat.Ana tengok time raya,ayah saudara ana raya sorang sebabnye anak dia balik raya rumah mentua.sedih ana tengok.Kalau rumah ni selalu ceria tiba-tiba masa raya jadi sunyi mesti mak dengan ayah sedih. hmm..
sudah-sudah..haha..ana tukar jadi certa sedih pulak ni.ok setakat ni je la ana nak merapu meraban ye..sekian Assalammualaikum...











