Assalammualaikum (=^_^=)v
Amirul Mukminin,Abu Hafs Umar bin Khattab melaporkan Rasulullah bersabda,"Sesungguhnya setiap perbuatan bergantung pada niat dan setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan.Sesiapa yang berhijrah kerana (ingin mendapatkan keredaan) Allah dan Rasul-Nya,maka dia akan mendapat keredaan Allah dan Rasul-Nya,Dan sesiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dikehendakinya atau kerana wanita yang ingin dikahwininya,maka nilai hijrahnya seperti (sebagaimana )yang diniatkan,"
(HR BUKHARI DAN MUSLIM)
Sahabat yang ana kasihi sekalian.Hadis ini sangatlah penting untuk kita kerana,hadis ini menceritakan soal hati iaitu niat.Hati itulah yang berkuasa dalam diri kita.Jika baik hati kita,maka baiklah kita.Niat memainkan peranan yang penting kerana niat kita ini yang akan menjadi timbangan amalan batin kita di akhirat kelak.Seharusnya kita sebagai hamba Allah hendaklah melakukan sesuatu perkara dengan berniatkan "aku melakukan ini kerana ingin mendapatkan keredaan Allah SWT."
Apabila kita ingin lakukan sesuatu perkara itu,tanya balik pada diri kita."aku buat ini kenapa dan untuk siapa?" dengan cara ini In shaa Allah kita tidak terlari daripada niat yang baik.
contoh bagi menjelaskan lagi mengenai peranan niat :
Situasi di Masjid
Suatu hari kita duduk di masjid untuk beristirahat,lebih baik kita niat didalam hati untuk beriktikaf,dapatlah pahala beribadah disitu =)
Ingatlah sahabat sentiasa perbetulkan niat kita.Setiap niat kita itu akan dibalas dengan ganjaran pahala dari Allah SWT.
Sebagai kesimpulannya disini kita sebagai hamba Allah yang hanya mengharapkan rahmat dari Allah untuk ke syurga, perlulah sentiasa berusaha untuk menjadikan sesuatu pekerjaan itu menjadi ibadah.Hadirkan niat yang ikhlas dalam setiap aktiviti kita serta menjauhi perkara-perkara yang boleh merosakkan keikhlasan kita.Niat yang ikhlas adalah syarat diterima atau tidak sesuatu amal perbuatan.
Firman Allah.
"Dan aku tidak menciptakan manusia dan jin,kecuali agar mereka beribadah kepadaKu."
{surah az-Zariyat:56}
Semoga huraian ringkas ini dapat memberi manfaat kepada sahabat sekalian.sekian Assalammualaikum.











0 comments:
Post a Comment