Ana Solehah Ana Solehah: Hadis 3:Rukun Islam

Tuesday, 18 June 2013

Hadis 3:Rukun Islam


Assalammualaikum (=^_^=)v

Abu Abdurrahman melaporkan,Abdullah bin Umar bin Khattab berkata,"saya mendengar Rasulullah SAW bersabda ,"Islam dibangunkan atas lima perkara,bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah dan Nabi Muhammad adalah utusan Allah ,menegakkan solat ,menunaikan zakat,melaksanakan haji dan puasa Ramadhan."

(HR BUKHARI DAN MUSLIM)


Menurut Ibnu Manzur: Perkataan islam dalam Lisamul Barat

"Menampakkan ketundukan dan melaksanakan syariah serta menerima apa sahaja yang datang dari Rasulullah SAW."

Islam menurut Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab
"Berserah diri kepada Allah dengan mentauhidkan-Nya tunduk kepada-Nya dengan penuh ketaatan serta menjauhkan diri daripada kesyirikan dan orang musyrik."

RUKUN ISLAM
  1. syahadah :- Mentauhidkan Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan apa pun.
                          -Mentauhidkan Allah menerusi jalan Rasulullah

    2.Mendirikan solat :-Solat adalah kayu ukur islam seseorang itu.
                                  -orang yang tidak solat kerana menentang islam dia adalah kafir
                                  -orang yang tak solat kerana malas lain pula pendapatnya..(berbeza pendapat ulama)

    3.Menunaikan zakat: -Bagi membantu orang islam yang susah.
  
"Dan dirikanlah solat,tunaikanlah zakat dan rukuklah berserta orang-orang yang rukuk."
(surah Al-Baqarah:43)
    4.Puasa Bulan Ramadhan: -Puasa adalah menahan diri dari makan minum dan perkara yang boleh 
                           membatalkan puasa bermula terbit fajar hingga terbenam matahari.

"wahai oraang-orang yang beriman,diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa."
(surah Al-Baqarah:183)

    5.Mengerjakan haji : -Syaratnya bagi orang yang mampu 
                                    -Tidak semua orang diberi kesempatan oleh Allah untuk menunaikan haji
                                    -Tetapi perlulah mempunyai niat untuk kesana barulah cukup islam kita =)

(Surah Al-Imran:97)

"Disitu ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya:diantaranya ialah)Makam Nabi Ibrahim dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu),maka sesungguhnya Allah maha kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun)dan sekalian makhluk. 

ni hanya ringkasan dari huraian hadis di atas..semoga bermanfaat untuk anda semua =D
Assalammualaikum

Semoga Allah Merahmati Kita Semua

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Putryveena29.blogspot.com